Monday, January 3, 2011

HARI PERTAMA KE SMART READER



Jam 7.50 pagi dah keluar rumah. Mama bawak Aezie minum kat Kopitiam Bangi. Risau sangat anak mama lapar kat sekolah. Kebetulan Bangi Kopitiam tu dekat jer ngan Smart Reader. Selang beberapa kedai jer. Aezie mintak 'sup telur'. Hehehe. Sup telur tu maknanya telur separuh masak. Aezie suka makan kuningnya jer. So yang putih biasanya mama yang habiskan. Kul 8.50 Aezie masuk sekolah. Mama rasa terharu sangat melepaskan Aezie sekolah. Bangga punya anak yang kini mencecah lima tahun!


Kul 11.30 mama ambil Aezie kat Smart Reader dan Aezie tunjukkan kertas kaler. Rupanya Aezie disuruh warnakan zirafah. Tapi zirafah Aezie kaler biru...hehehe. Xpelah Aezie. Janji kaler. Mama terus hantar Aezie ke taska. Selamat bersekolah duhai anak!

Wednesday, November 24, 2010

BUAT CINTA HATI

Blog ini mama buat untuk Aezie sebagai tanda ingatan, kasih dan cinta mama buat satu-satunya anak mama. Hari ini Aezie dah berumur lebih 4 tahun dan bermula January 2011 anak mama akan mulakan musim pra persekolahan. Anak mama dah besar! Dari berat 3.2kg, kini dah 15kg! Syukur alhamdulillah kerana Aezie membesar dengan cukup sempurna. Mama akan sentiasa berdoa semoga Aezie sentiasa sihat dan jadi anak yang baik, bijak pandai, taat kepada perintah Allah, menghormati dan menyayangi mama, disayangi semua orang yang mengenali Aezie dan segala yang baik2 berlaku di sepanjang kehidupan Aezie. Aminnn.....