Blog ini mama buat untuk Aezie sebagai tanda ingatan, kasih dan cinta mama buat satu-satunya anak mama. Hari ini Aezie dah berumur lebih 4 tahun dan bermula January 2011 anak mama akan mulakan musim pra persekolahan. Anak mama dah besar! Dari berat 3.2kg, kini dah 15kg! Syukur alhamdulillah kerana Aezie membesar dengan cukup sempurna. Mama akan sentiasa berdoa semoga Aezie sentiasa sihat dan jadi anak yang baik, bijak pandai, taat kepada perintah Allah, menghormati dan menyayangi mama, disayangi semua orang yang mengenali Aezie dan segala yang baik2 berlaku di sepanjang kehidupan Aezie. Aminnn.....